ad
AGENDA

Tiga individu ditahan disyaki dalangi penipuan haji di Makkah

18 Mei 2025, 9:00 AM
Tiga individu ditahan disyaki dalangi penipuan haji di Makkah

MAKKAH, 18 MEI: Peronda keselamatan di Makkah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial yang melibatkan iklan kempen haji palsu, yang menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak wujud untuk jemaah di kawasan tanah suci.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), suspek ditahan dan prosiding undang-undang telah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk pendakwa raya.

Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan.

Kementerian itu menekankan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji yang dirangka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah, membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lancar dan aman.

- BERNAMA-SPA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.