ad
AGENDA

Badminton: Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Thailand

18 Mei 2025, 7:50 AM
Badminton: Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Thailand

SHAH ALAM, 18 MEI: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan gandingan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer.

Pasangan nombor lima dunia itu diberi tentangan sengit sebelum menang 20-22, 21-17, 21-12 dalam tempoh sejam pada perlawanan di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Sebagai juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191).

Selepas kejayaan bersejarah Pearly Tan-M Thinaah menjadi beregu wanita pertama negara muncul juara sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1984, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melakar kejayaan apabila menjuarai kategori beregu lelaki.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.