ad
BERITA UTAMA

Aktiviti kanak-kanak tarikan program komuniti sihat Klang

18 Mei 2025, 7:00 AM
Aktiviti kanak-kanak tarikan program komuniti sihat Klang
Aktiviti kanak-kanak tarikan program komuniti sihat Klang
Aktiviti kanak-kanak tarikan program komuniti sihat Klang

KLANG, 18 MEI: Kira-kira 1,000 peserta memeriahkan Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Klang di Padang Awam, Laman Seri Kerayong dari jam 7 pagi hingga 2 petang di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya senamrobik, berjalan 10,000 langkah dan Jom Cari Sampah melibatkan kutipan barangan kitar semula dan minyak masak terpakai.

Selain itu, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka komuniti, pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma, perpustakaan bergerak, kaunter pertanyaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Jualan Agro Madani dan pameran agensi kerajaan.

[caption id="attachment_701671" align="alignnone" width="874"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang Dato Haji Abd Hamid Hussain melawat reruai pameran di Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar Klang Selangor pada 18 Mei 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Datuk Bandar Klang Dato’ Hamid Hussain berkata program kali keempat yang dianjurkan sejak 2022 itu menumpukan kawasan komuniti strata sekitar daerah tersebut.

“Objektif utama program ini untuk membentuk satu semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan komuniti setempat sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Program ini dilaksanakan secara bergilir antara taman perumahan dan juga kawasan bangunan strata di daerah Klang,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

[caption id="attachment_701672" align="alignnone" width="854"] Jualan Rahmah Madani turut berada di Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar Klang Selangor pada 18 Mei 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.