ad
AGENDA

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah

18 Mei 2025, 3:49 AM
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah

IPOH, 18 MEI: Warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah.

Beliau berkata bomba menerima panggilan 2.35 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

“Sebuah rumah terbakar 90 peratus dan komander operasi mengarahkan pasukan bomba melakukan teknik RECEO, satu aliran hos 0.3 meter dengan dua pancutan dari tangki jentera.

“Mangsa ditemukan rentung ketika proses pemeriksaan dan pemadaman susulan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman ditamatkan 5.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.