SHAH ALAM, 18 MEI: Sebanyak 111.3 kilogram (kg) sampah dikumpulkan di Air Terjun Serendah menerusi kempen 'Sayangi Sungai dan Plogging Plus' anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), semalam.
MPHS memaklumkan, kempen dengan kerjasama Plogging Plus+ turut disertai sukarelawan alam sekitar, wakil Kolej Komuniti Hulu Selangor, kakitangan MPHS serta penduduk.
“Sisa yang berjaya dikumpul termasuk lampin bayi, bahan logam seperti besi dan tin, plastik sekali guna, botol plastik dan kaca, kertas, polisterin, fabrik dan lain-lain.
“Hasil kutipan sisa akan direkodkan sebagai salah satu usaha untuk memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di kawasan air terjun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
MPHS turut berharap program berkenaan dapat menyemai budaya cintakan alam sekitar, khususnya di kawasan rekreasi, sekali gus dapat memelihara keindahan alam semula jadi.
“MPHS percaya dengan kerjasama semua pihak, kita mampu memperkukuh usaha menjaga kebersihan sungai demi kesejahteraan bersama,” katanya.
Plogging merupakan aktiviti beriadah sambil mengutip sampah yang dimulakan di Eropah bagi memperkenalkan gaya hidup mesra alam kepada orang awam.
[caption id="attachment_701638" align="aligncenter" width="1305"] Antara sampah yang dikutip peserta kempen 'Sayangi Sungai dan Plogging Plus' anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Air Terjun Serendah pada 17 Mei 2025. FOTO Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]
[caption id="attachment_701639" align="aligncenter" width="1426"] Antara sampah yang dikumpul dalam kempen 'Sayangi Sungai dan Plogging Plus' anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Air Terjun Serendah pada 17 Mei 2025. FOTO Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]
[caption id="attachment_701640" align="aligncenter" width="1335"] Peserta mengutip sampah dalam kempen 'Sayangi Sungai dan Plogging Plus' anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di Air Terjun Serendah pada 17 Mei 2025. FOTO Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]
[caption id="attachment_701641" align="aligncenter" width="1471"] Peserta kempen 'Sayangi Sungai dan Plogging Plus' anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengutip sampah di Air Terjun Serendah pada 17 Mei 2025. FOTO Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]