ad
AGENDA

Anwar hulur sumbangan, simpati keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok

17 Mei 2025, 2:30 PM
Anwar hulur sumbangan, simpati keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas sewaktu mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok, Kuantan, Pahang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan.

“Sungguh pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria. Saya menyampaikan salam takziah dan rasa simpati yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham.

“Bagi pihak Perdana Menteri, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan yang amat menyentuh perasaan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini.

Nur Afia Ramadhannie, 7, yang hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok, ditemukan lemas pada Ahad lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.