ad
AGENDA

Urus tekanan emosi, pertimbang sediakan pakar psikologi di agensi media

17 Mei 2025, 1:46 PM
Urus tekanan emosi, pertimbang sediakan pakar psikologi di agensi media
Urus tekanan emosi, pertimbang sediakan pakar psikologi di agensi media

PETALING JAYA, 17 MEI: Sudah tiba masanya pihak terlibat mempertimbang cadangan menyediakan pakar psikologi dalam agensi media bagi mengurus tekanan emosi dalam kalangan wartawan.

Bekas wartawan Syahril A Kadir berkata golongan tersebut berdepan pelbagai cabaran seperti ancaman bahaya ketika bertugas selain tekanan kerja serta kritikan di media sosial.

“Pada waktu saya menjadi wartawan jenayah, saya pernah dikejar bapa ayam, dan macam-macam lagi ugutan. Mungkin sudah tiba masanya selepas ini kita berbincang bagaimana untuk sediakan pakar psikologi di semua agensi media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai panelis pada forum bertajuk 'Cerita Disebalik Tajuk Berita' yang menampilkan wartawan penyiasatan Muzliza Mustafa sebagai moderator.

Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Kebebasan Media anjuran Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya di sini, hari ini.

[caption id="attachment_701597" align="aligncenter" width="682"] Wartawan dan pencipta kandungan digital Syahril A. Kadir bercakap ketika program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (Geramm) di Gerakbudaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA[/caption]

Dalam pada itu, Syahril yang kini mengendalikan audio siar (podcast) Tanah Berdaulat, mendedahkan idea untuk menerbit program tersebut timbul selepas beliau mengamati sebaris kata Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said.

Selain itu, katanya, pengalaman menulis sebagai wartawan jenayah memberi ilham kepada dirinya untuk menyampaikan sesebuah cerita dengan lebih lengkap tanpa harus terikat.

“Idea mulakan podcast selepas mengamati kata-mata A Samad Said 'wartawan sejari jarang makan gaji tanpa makan hati'. Bermula dengan penonton hanya 15 orang, lama-lama syukur kerana semakin diterima ramai

“Semasa jadi wartawan saya tidak puas bercerita dengan hanya menulis 10 ke 12 perenggan, jadi saya mulakan podcast dengan memanggil semula semua orang yang saya pernah wawancara. Di situ saya temui kepuasan maksimum,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.