ad
AGENSI

Tukar barang kitar semula kepada wang tunai melalui pandu lalu

17 Mei 2025, 1:00 PM
Tukar barang kitar semula kepada wang tunai melalui pandu lalu

HULU SELANGOR, 17 MEI: Orang ramai sekitar daerah ini dipelawa menukar barangan kitar semula kepada wang tunai menerusi pusat kitar semula secara pandu lalu.

Ketua penolong pegawai daerah Saiful Bahari berkata insentif itu sebagai langkah bijak bagi mengalakkan komuniti kitar semula dengan cara yang lebih mudah.

"Dengan sistem pandu lalu ini, orang ramai dapat mengitar semula dengan cepat dan menerima ganjaran tunai secara terus ke akaun mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan mesin kitar semula pandu lalu automatik ‘Trash4Cash’ di Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya di sini, hari ini.

Sistem yang dilancarkan syarikat Trash4Cash di bawah program Sejahtera Madani merupakan sebahagian usaha meningkatkan aktiviti hijau di daerah terbabit.

Orang ramai yang berminat boleh menghantar bahan buangan seperti plastik, tin dan kertas ke pusat berkenaan selain memuat naik dan mendaftar di aplikasi Trash4Cash.

Mereka juga perlu melengkapkan maklumat diri di barangan yang ingin dijual dan bayaran akan dijelaskan ke dalam akaun bank dalam tempoh sehingga dua hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.