ad
BERITA UTAMA

Khairat Darul Ehsan dibuka hingga 31 Disember, tawar pampasan RM1,000

17 Mei 2025, 6:53 AM
Khairat Darul Ehsan dibuka hingga 31 Disember, tawar pampasan RM1,000

SHAH ALAM, 17 MEI: Pendaftaran skim Khairat Darul Ehsan (KDE) yang menawarkan pampasan kematian RM1,000 akan dibuka mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata individu layak iaitu berusia 50 tahun ke atas serta orang kelainan upaya (OKU) digalak memohon menerusi laman sesawang kde.yawas.com.my.

Beliau berkata individu yang pernah berdaftar bawah Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat dan Skim Insurans Am Selangor, pemohon hanya perlu mengemas kini maklumat dan setuju dengan terma syarat.

“Sistem akan daftar secara automatik sebagai penerima KDE. Jangan lepaskan peluang ini untuk lindungi orang tersayang,” katanya menerusi Facebook.

Sze Han berkata mana-mana individu berdepan masalah boleh menghubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di talian 03-5481 8800.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM20 juta bagi menjayakan skim berkenaan dengan menyasarkan 20,000 rakyat dijangka menerima manfaat terbabit.

Pada Mei 2019, bantuan khairat kematiaan warga emas melalui Skim Mesra Usia Emas dihentikan sebelum disambung semula pada 2021.

Menerusi belanjawan tahun berkenaan, Amirudin berkata RM7.5 juta diperuntukkan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yawas menerima RM500 sebagai bantuan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.