SHAH ALAM, 17 MEI: Klinik Kesihatan Semenyih yang dinaik taraf lengkap dengan pelbagai fasiliti dijangka beroperasi selewat-lewatnya September depan.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berkata bakal memanfaatkan ribuan penduduk sekitar, penaiktarafan klinik kesihatan itu melibatkan kos kira-kira RM38 juta.
[caption id="attachment_673578" align="alignleft" width="345"] Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Datuk Wira Johan Abd Aziz[/caption]
“Maklumat yang saya beri ini adalah daripada Pejabat Kesihatan Daerah. Kos anggaran projek ini berjumlah RM38 juta dan klinik ini yang dulunya bangunan satu tingkat, kini dinaik taraf menjadi empat tingkat.
“Kerja-kerja penyiapan sedang rancak dijalankan ketika ini dan ia dijangka dibuka Ogos atau selewat-lewatnya September dengan kerja akhir sedang giat dijalankan,” kata Datuk Wira Johan Abd Aziz.
Klinik Kesihatan Semenyih diluluskan dalam projek roboh dan bina semula dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan pembinaan bermula Julai 2022.
Susulan itu, semua perkhidmatan di klinik kesihatan itu, termasuk kesihatan ibu dan anak dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dipindahkan ke beberapa klinik kesihatan dan klinik desa berhampiran.
Turut dipindahkan perkhidmatan 'methadone' dan perkhidmatan pasukan kesihatan sekolah serta perkhidmatan pesakit luar.