ad
AGENDA

Bomba: Penuntut UniSZA dikhuatiri lemas di Lata Payung

16 Mei 2025, 2:22 PM
Bomba: Penuntut UniSZA dikhuatiri lemas di Lata Payung

BANDAR PERMAISURI, 16 MEI: Seorang penuntut lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Lata Payung di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Setiu Mohd Sarizan Mohamad Sapawi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.17 petang dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan memandangkan keadaan paras air sungai yang tinggi, deras dan keruh.

“Kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa petang tadi dijalankan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.

“SAR juga membabitkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan(KKM),” katanya ketika dihubungi.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.