ad
BERITA UTAMA

Bukan sekadar hobi, e-sukan asah bakat anak muda, bina kerjaya

16 Mei 2025, 2:00 PM
Bukan sekadar hobi, e-sukan asah bakat anak muda, bina kerjaya
Bukan sekadar hobi, e-sukan asah bakat anak muda, bina kerjaya
Bukan sekadar hobi, e-sukan asah bakat anak muda, bina kerjaya

OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI

AMPANG, 16 MEI: E-sukan kini bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya menjadi platform golongan muda untuk mengasah bakat serta membuka peluang ke arah kerjaya profesional.

Seorang peserta Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) MPAJ Cup 2025, Muhammad Amir Shah, berkata minat mendalam terhadap permainan video mendorongnya untuk menjadikan e-sukan sebagai laluan kerjaya masa depan.

[caption id="attachment_701378" align="aligncenter" width="683"] Muhammad Amir Shah (kanan) dan Riyad Abdul Alim (kiri) dari pasukan MLBB tempatan yang turut menjayakan Pertandingan Mobile Legends MPAJ 2025 di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ampang pada 11 Mei 2025. Foto AMIR IMRAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Insya-Allah, kalau kita selalu sertai dan menang pertandingan seperti ini, nama kita akan naik. Mana tahu pihak Liga Profesional Mobile Legends (MPL) akan nampak potensi kami," katanya ketika ditemui pada kejohanan tersebut baru-baru ini.

Seorang lagi peserta, Riyad Abdul Halim turut menyuarakan hasrat untuk menjadikan permainan video sebagai sumber pendapatan, bukan sekadar hiburan semata-mata.

[caption id="attachment_701377" align="aligncenter" width="658"] Rafiq Hussain, peserta Pertandingan Mobile Legends MPAJ 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ampang pada 11 Mei 2025. Foto AMIR IMRAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Daripada kita main biasa-biasa tanpa sebarang hasil, lebih baik sertai pertandingan seperti ini. Mana tahu boleh jana pendapatan juga," ujarnya selepas menamatkan perlawanan.

Sementara itu, Rafiq Husain pula melihat perkembangan pesat industri e-sukan di Malaysia sebagai petanda jelas bahawa kerjaya dalam bidang ini semakin mendapat tempat, khususnya selepas kejayaan pasukan tempatan di pentas dunia.

"Peluang itu sudah terbuka luas, apatah lagi pasukan seperti Selangor Red Giants (SRG) berjaya menjuarai kejohanan dunia di Riyadh, Arab Saudi, tahun lalu. Ia bukti anak tempatan mampu pergi jauh," katanya.

Sebanyak 48 pasukan menyertai kejohanan MLBB MPAJ Cup 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Ahad lalu, menunjukkan sambutan menggalakkan daripada komuniti belia sekitar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.