ad
PBT

MyKiosk PJ bantu peniaga kecil, sewa RM120 sebulan

16 Mei 2025, 11:29 AM
MyKiosk PJ bantu peniaga kecil, sewa RM120 sebulan

PETALING JAYA, 16 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyerahkan 10 kios kepada peniaga terpilih menerusi inisiatif MyKiosk PJ @ PJS 2/18 hari ini.

Program penyerahan kios itu disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon dalam satu majlis yang berlangsung di tapak MyKiosk berkenaan.

Sebagai tanda sokongan dan dorongan, MBPJ turut menyerahkan topi dan apron kepada peniaga terlibat sebagai kelengkapan permulaan perniagaan mereka.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata, inisiatif bertujuan membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan dalam suasana lebih selesa, teratur dan selamat.

“Kadar sewaan ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM120 sebulan, malah penyewa turut menikmati pengecualian bayaran selama tiga bulan pertama,” menurut MBPJ.

MyKiosk PJ dilihat mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta menyumbang ke arah peningkatan taraf sosioekonomi komuniti bandar secara inklusif.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.