ad
AGENSI

Subur amalan kitar semula, SELKitar bakal diperluas seluruh negeri

16 Mei 2025, 10:11 AM
Subur amalan kitar semula, SELKitar bakal diperluas seluruh negeri
Subur amalan kitar semula, SELKitar bakal diperluas seluruh negeri

PUCHONG, 15 MEI: Nestle Malaysia menyasarkan Program Selangor Kitar Semula (SELKitar) menjadi pemangkin untuk masyarakat memulakan amalan terbabit dalam kehidupan seharian.

Pengurus Jabatan Kelestariannya Chang Wei Hsien berkata program dengan kerjasama KDEB Waste Managemant (KDEBWM) itu juga dicadang untuk diperluas ke seluruh Selangor.

Beliau menjelaskan program yang dimulakan di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 13 Mei lalu akan diteruskan sekitar Majlis Perbandaran Sepang pada 26 Mei.

[caption id="attachment_701499" align="aligncenter" width="694"] Pengurus Kelestarian Nestle Malaysia Chang Wei Hsien.[/caption]

"Penduduk boleh amalkan kitar semula dengan empat langkah mudah iaitu asingkan sampah kitar semula dengan sampah domestik, bersih dan keringkan, masuk dalam plastik dan letak depan rumah," katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau operasi SELKitar di Bandar Puteri di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengurus Pelaksana Projek KDEBWM Ammar Ehsan Omar berkata pihaknya akan meningkatkan kempen kesedaran kepada penduduk bagi merancakkan program tersebut.

"Kami akan pantau berapa ramai penduduk sertai dan berapa tan kutipan. Kami jangka mampu kutip banyak sampah kitar semula dengan syarat dapat kerjasama masyarakat sertai program ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.