ad
PBT

Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik

16 Mei 2025, 7:13 AM
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik
Program SELKitar pintu ke pintu mudahkan penduduk, urus sisa secara sistematik

PUCHONG, 16 MEI: Program Selangor Kitar Semula (SELKitar) dijalankan KDEB Waste Management (KDEBWM) meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menguruskan sisa secara sistematik.

Beberapa penduduk yang ditemui berkata program kolaborasi KDEBWM - Nestle Malaysia itu memudahkan penduduk kerana kutipan sampah kitar semula dilaksanakan dari pintu ke pintu mengikut jadual ditetapkan.

[caption id="attachment_701349" align="alignleft" width="380"] Adeline Wong[/caption]

"Baik untuk penduduk kerana kita tak perlu cari pusat kitar semula jauh-jauh. Kita cuma tunggu di rumah untuk buang sampah kitar semula.

"KDEBWM juga bagi jadual (kutipan). Jadi kita tahu bila mereka datang," kata pesara Adelline Wong, 62, ketika ditemui Media Selangor di Bandar Puteri 9 di sini, hari ini.

Suri rumah, Kathryn Wong, 48, mengaku merasa teruja berikutan beliau sekeluarga sudah lama menjalankan aktiviti kitar semula.

[caption id="attachment_701350" align="alignright" width="380"] Kathryn Wong[/caption]

"Sebelum ini kena bincang dengan pusat kitar semula hari apa boleh datang. Kadang-kadang kena keluar sendiri ke pusat kitar semula. Ambil banyak masa. Kena punggah dan lain-lain.

"Inisiatif KDEBWM buat program SELKitar memudahkan, buat kami lebih bersemangat. Saya harap KDEBWM buat hebahan lebih meluas supaya lebih ramai orang tahu dan harap amalan ini menjadi rutin penduduk," katanya.

[caption id="attachment_701351" align="alignleft" width="380"] Nor Aliza Bahari[/caption]

Manakala pengusaha taska Nor Aliza Bahari, 50, menganggap program ini sebagai kesempatan terbaik untuk mendidik kanak-kanak di pusat asuhan beliau akan kepentingan amalan kitar semula.

"Pusat kitar semula agak jauh menyebabkan ramai tiada masa nak hantar tetapi sekarang lebih mudah dan sekali gus meningkatkan kesedaran.

[caption id="attachment_701352" align="alignright" width="380"] Allan Ng[/caption]

"Saya juga boleh ajar anak murid bagaimana nak amalkan kitar semula kerana kalau bawa mereka ke pusat kitar semula agak tidak sesuai. Saya boleh terap tentang kebaikan kitar semula dalam fikiran mereka," katanya yang tinggal di Taman Saujana Putra.

Sementara itu Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Puteri 12, Allan Ng, pula menyifatkan inisiatif ini mampu mengatasi keresahan penduduk yang mengadu tiada tempat untuk membuang sampah kitar semula.

"Gaya hidup zaman sekarang banyak beli makanan dan barangan termasuk peralatan elektrik secara dalam talian yang menyebabkan sampah kitar semula meningkat. Mereka selalu mengadu kena buang sampah kitar semula agak jauh.

"Saya percaya sebelum ini ramai penduduk mencampurkan sampah domestik dengan sampah kitar semula tetapi sambutan baik masyarakat akan jadi contoh generasi baru untuk amalkan kitar semula," katanya.

[caption id="attachment_701317" align="aligncenter" width="691"] Pekerja pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip barangan kitar semula dari kawasan taman perumahan di Bandar Puteri 9, Puchong, Subang Jaya pada 15 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.