ad
AGENSI

LZS agih lebih RM431 juta kepada asnaf miskin tahun lalu

16 Mei 2025, 4:31 AM
LZS agih lebih RM431 juta kepada asnaf miskin tahun lalu
LZS agih lebih RM431 juta kepada asnaf miskin tahun lalu
LZS agih lebih RM431 juta kepada asnaf miskin tahun lalu

SHAH ALAM, 16 MEI: Golongan asnaf miskin merekodkan penerima tertinggi zakat dengan jumlah RM431.03 juta sepanjang tahun lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi memaklumkan di Facebook, asnaf fakir pula menerima sumbangan sebanyak RM276.63 juta, golongan fisabilillah (RM163.78 juta) dan amil (RM148.73 juta).

Empat golongan lain turut dibantu asnaf gharimin (RM91.07 juta), mualaf (RM50.33 juta), riqab (RM25.86) dan ibnu sabil (RM152,000).

“Lapan golongan asnaf disantuni dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Ini adalah peluang, perlindungan dan harapan yang dikembalikan kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap sen yang anda kongsikan telah memberi impak yang besar kepada mereka. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perubahan ini,” katanya.

Sebelum ini, LZS memberitahu sejumlah RM1.19 bilion diagihkan kepada lebih 370,000 asnaf di seluruh Selangor setakat Disember tahun lalu.

Malah, LZS turut mencatat kutipan zakat RM1.22 bilion sepanjang tahun lalu, tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Pencapaian direkodkan itu merupakan tahun ketiga berturut-turut LZS melepasi paras kutipan dan agihan zakat melebihi RM1bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.