ad
AGENDA

Kejohanan dunia: Sivasangari tewas di suku kepada wakil tuan rumah

16 Mei 2025, 2:52 AM
Kejohanan dunia: Sivasangari tewas di suku kepada wakil tuan rumah

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Perjuangan pemain skuasy wanita negara S Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam pertembungan berlangsung selama 41 minit di Lakeshore Sport & Fitness itu, Weaver yang diletakkan selaku pilihan keempat itu telah mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan Sivasangari 11-3, 8-11, 11-4, 11-5 sekali gus melangkah ke separuh akhir.

Weaver dijadualkan berdepan juara dunia tujuh kali Nour El Sherbini dari Mesir pada separuh akhir.

Kekalahan pemain berusia 26 tahun menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki Ng Eain Yow turut terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.

Eain Yow tewas 0-3 kepada pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir dengan 4-11, 6-11, 7-11.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.