ad
AGENDA

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Guru, bakti kalian dikenang selamanya

16 Mei 2025, 2:07 AM
Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Guru, bakti kalian dikenang selamanya

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.

“Tanpa guru tiadalah ilmu, tanpa ilmu gelaplah arah itu. Guru adalah cahaya menerangi jalan kita ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

“Terima kasih kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan anda, sama ada di bandar mahu pun pedalaman, bakti kalian tetap dikenang,” titah Seri Paduka Baginda.

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2025 kali ke-54 diadakan di Kuching, Sarawak bermula Rabu bertemakan ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.