SHAH ALAM, 15 MEI: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan berpeluang menerima insentif tunai sehingga RM500 menerusi program Hadiah Pelajar Cemerlang.
Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar berkata program tahunan itu terbuka kepada pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 4A dengan syarat ibu atau bapa merupakan pengundi berdaftar di kawasan tersebut.
[caption id="attachment_680202" align="aligncenter" width="739"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar ditemui pada program serahan Bantuan Masuk Sekolah kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2025 di Dewan Serbaguna MBPJ Taman Dato' Harun, Petaling Jaya pada 1 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Program itu sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak DUN Taman Medan yang telah berusaha keras dan cemerlang dalam SPM 2024.
"Mereka layak diraikan dan inisiatif ini menjadi sokongan moral kepada generasi muda,” katanya menerusi Facebook.
Dibuka sejak 14 Mei hingga 23 Mei, permohonan berkenaan perlu dihantar ke Pusat Khidmat Penyelaras DUN Taman Medan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-7773 9507.
Berikut dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:
- salinan keputusan rasmi SPM 2024
- salinan kad pengenalan pelajar
- salinan kad pengenalan ibu dan bapa