ad
AGENDA

Harga beras putih import diselaras RM2,600 per metrik tan mulai esok

14 Mei 2025, 12:00 PM
Harga beras putih import diselaras RM2,600 per metrik tan mulai esok
Harga beras putih import diselaras RM2,600 per metrik tan mulai esok

PUTRAJAYA, 14 MEI: Harga beras putih import (BPI) di semua pintu gudang Padiberas Nasional Bhd (Bernas) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diselaraskan kepada RM2,600 per metrik tan bermula esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia merupakan pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember 2024, iaitu daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.

“Pelarasan ini adalah hasil sesi libat urus bersama Bernas dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.

[caption id="attachment_681593" align="alignleft" width="500"] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui media ketika Lawatan Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley, Rawang pada 11 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Langkah ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang berteraskan prinsip keprihatinan dan kesejahteraan rakyat untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu milik, mudah diperoleh dan sentiasa mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad turut memaklumkan program subsidi BPI oleh kerajaan persekutuan bagi Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.

Beliau berkata kejayaan berkenaan juga hasil pendekatan strategik Bernas mempelbagaikan sumber bekalan beras dari pelbagai negara seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat serta keterjaminan makanan negara,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.