ad
AGENDA

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

14 Mei 2025, 11:25 AM
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.07 dan RM2.77 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal iaitu masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.