ad
ADN

25 penghuni rumah kebajikan terima khidmat gunting rambut percuma

14 Mei 2025, 8:30 AM
25 penghuni rumah kebajikan terima khidmat gunting rambut percuma

OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI

KAJANG, 14 MEI: Seramai 25 warga emas di Persatuan Rumah Caring Kajang menerima khidmat gunting rambut secara percuma menerusi program khas sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Ong Chun Wei, program berkenaan dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap penghuni rumah berkenaan.

“Kami hadir ke Rumah Caring Sungai Chua untuk menawarkan perkhidmatan percuma ini sebagai penghormatan kepada warga emas sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.

"Program ini mendapat tajaan penuh daripada Shella Hair Academy yang menghantar tiga orang pekerja bagi memberikan perkhidmatan gunting rambut,” katanya ketika ditemui di program tersebut.

Tambah Chun Wei, ini bukan kali pertama program sebegini dianjurkan, namun ia adalah kali pertama diadakan khusus bagi menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.