ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur RM84,000, tingkat kemudahan dua institusi agama di Klang

14 Mei 2025, 6:30 AM
Wakaf Selangor salur RM84,000, tingkat kemudahan dua institusi agama di Klang
Wakaf Selangor salur RM84,000, tingkat kemudahan dua institusi agama di Klang

SHAH ALAM, 14 MEI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM84,000 bagi membantu dua institusi agama di Klang menaik taraf kemudahan.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan RM34,000 diserahkan kepada Surau Al-Insyirah, Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang untuk pembinaan kolah wuduk.

Selain itu, sumbangan RM50,000 diberikan kepada Masjid Ar-Raudhah Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah bagi membina ruang solat terbuka.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_700990" align="aligncenter" width="815"] Wakil Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah RM50,000 kepada wakil Masjid Ar-Raudhah Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah. Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)[/caption]

Menurut agensi itu, pihaknya turut menyebarluaskan manfaat berwakaf kepada jemaah di surau dan masjid itu selain membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah itu.

Katanya, mereka yang berminat menyalurkan sumbangan wakaf boleh berbuat demikian melalui laman web PWS di https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.