ad
AGENDA

Minat jadi askar, operator kilang sanggup cuti tanpa gaji sertai PLKN 3.0

14 Mei 2025, 6:00 AM
Minat jadi askar, operator kilang sanggup cuti tanpa gaji sertai PLKN 3.0
Minat jadi askar, operator kilang sanggup cuti tanpa gaji sertai PLKN 3.0
Minat jadi askar, operator kilang sanggup cuti tanpa gaji sertai PLKN 3.0
Minat jadi askar, operator kilang sanggup cuti tanpa gaji sertai PLKN 3.0

SHAH ALAM, 14 MEI: Demi impian menyertai angkatan tentera, seorang operator kilang sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 secara sukarela.

Menurut Halimatulsadiah Abdullah, 20, yang bercuti tanpa gaji hampir dua bulan, peluang menyertai PLKN 3.0 Siri 1/2025 Januari lalu, memberi ruang kepadanya merasai pengalaman latihan ketenteraan sebenar.

“Saya memang minat sangat jadi askar, nak ikut jejak langkah ayah seorang bekas tentera cuma rasanya BMI (indeks jisim badan) tak lepas sebab berat badan berlebihan dan rabun. Jadi bila ada peluang sertai PLKN memang saya tak lepaskan.

[caption id="attachment_700978" align="aligncenter" width="642"] Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025
Farhia Ayisha Ismail, 19 (tengah) selepas perbarisan tamat latihan PLKN Siri 1/2025.[/caption]

“Walaupun 45 hari, ilmu sangat banyak. Latihan kawad, menembak, baca peta, semua saya dapat rasa. Dulu saya rasa macam tak mampu lari rentas halangan, tapi rupanya boleh. PLKN ini jadi titik mula saya ke arah capai cita-cita jadi askar kerana melalui program ini saya tahu banyak cabang tersedia.

“Jadi kini saya sudah mohon untuk menyertai askar wataniah dan sedang menunggu untuk proses tapisan keselamatan selepas mendapat maklumat semasa Hari Kerjaya yang diadakan pada minggu terakhir PLKN,” katanya yang menjalani latihan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

[caption id="attachment_700977" align="aligncenter" width="679"] Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 melakukan aktiviti ketika Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Foto Foto Halimatulsadiah Abdullah[/caption]

Bagi Farhia Ayisha Ismail, 19, peluang menyarung pakaian seragam celoreng Tentera Darat Malaysia (TDM) pada PLKN 3.0 adalah satu penghormatan dan pengalaman bermakna dalam hidupnya.

Menurut pelajar jurusan penguatkuasaan undang-undang di Newton International College, PLKN memberi pendedahan awal kepada kehidupan ketenteraan, seiring cita-citanya untuk menyertai pasukan keselamatan negara itu.

“Saya memang dari kecil nak jadi askar. PLKN ni banyak bantu dari segi disiplin, urus masa, latihan fizikal. Jurulatih tegas tapi sangat bagus. Saya nasihatkan siapa yang minat, masuk dan buat yang terbaik sebab ilmu yang dapat di sini sangat berguna,” katanya.

Menurut Khairul Nabil Khairulzaman, 21, pengalaman menyertai PLKN merupakan nilai tambah ke arah mencapai impiannya menjadi anggota pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

“PLKN banyak membentuk semangat patriotisme dan jati diri, selain memberi pendedahan awal kepada kehidupan pasukan beruniform. Tiada apa yang perlu ditakutkan, yang penting kita sedia terima cabaran, tabah diri dan berdisiplin,” katanya.

[caption id="attachment_700975" align="aligncenter" width="617"] Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) PLKN 3.0 Siri 1/2025 Khairul Nabil Khairulzaman[/caption]

Sebanyak 550 pelatih dipilih menjalani PLKN 3.0 Siri 2/2025 membabitkan 200 pelatih wanita di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah Kuala Lumpur manakala 350 pelatih lelaki ditempatkan di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang dari dari 11 Mei hingga 24 Jun depan.

Sebelum ini, 116 pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025 berjaya menamatkan latihan selama 45 hari dari 12 Januari hingga 25 Februari lalu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah Kuala Lumpur.

PLKN 3.0 siri pertama dilaksanakan selepas tujuh tahun dimansuhkan. Pelaksanaan semula program itu secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan belia Malaysia, selain membekalkan mereka dengan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hidup.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.