SHAH ALAM, 14 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menganjurkan Pertandingan Premis Makanan Bersih 2025 dengan menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM3,000.
Pihak berkuasa tempatan menerusi Facebook memaklumkan pertandingan bermula pada 9 Jun hingga 31 Julai ini dan penyertaan terbuka kepada restoran, kafeteria dan kantin sekolah.
“Pertandingan ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis dan keselamatan makanan di Kuala Selangor selain meningkatkan kesedaran serta kefahaman dalam kalangan pengendali makanan.
“Pemilik premis makanan yang berlesen di bawah MPKS dipelawa menyertai pertandingan ini dan pendaftaran dibuka bermula 13 hingga 30 Mei menerusi pautan https://forms.gle/shF8cmck48zzyHrc6,” katanya.
Premis yang terpilih bakal membawa pulang hadiah RM1,500 bagi tempat pertama, diikuti RM1,000 (tempat kedua) dan RM500 (tempat ketiga).
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS menerusi talian 03-3281 1684.