ad
AGENSI

JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur

13 Mei 2025, 11:03 AM
JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur
JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur
JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur
JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur
JER Kota Anggerik bantu penduduk tiada kenderaan beli barang dapur

Oleh Muhammad Rey Hazriell

SHAH ALAM, 13 MEI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang pertama kali diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik tahun ini mendapat sambutan penduduk terutama mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata lokasi di Dewan Jati Seksyen 16 dipilih kerana kawasan itu mempunyai ramai penduduk yang tidak memiliki kenderaan sekali gus memudahkan mereka berjalan kaki untuk membeli barangan dapur murah.

[caption id="attachment_700882" align="alignleft" width="347"] Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Nur Yusmi Yusop[/caption]

“Kita pilih dewan ini supaya lebih mudah untuk penduduk sekitar datang mendapatkan barang dan juga kerana kawasan ini ada ramai orang yang kurang berkemampuan jadi kita mahu bantu yang mana kita boleh,” kata Nur Yusmi Yusop.

Beliau ditemui pada program JER anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) peringkat DUN berkenaan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan lebih banyak program JER dirancang di kawasan sekitar bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat termasuk mempertimbang cadangan diadakan pada hujung minggu.

[caption id="attachment_700885" align="alignright" width="346"] Badariah Ahmad Alias (kiri)[/caption]

Pengunjung, Badariah Ahmad Alias, 68, berkata beliau pertama kali menghadiri jualan itu dan menghargai usaha PKPS dalam membantu meringankan beban perbelanjaan golongan memerlukan.

“Program ini sangat membantu kerana harga barang dapur lebih murah dan saya dapat luangkan masa bersama rakan-rakan yang tinggal di kawasan ini ketika membeli-belah.

"Cuma, mungkin pihak penganjur boleh mempertimbangkan pemilihan tarikh agar anak-anak yang bekerja dapat turut serta,” katanya.

[caption id="attachment_700886" align="alignleft" width="346"] Zaleha Mohd Yatim[/caption]

Zaleha Mohd Yatim, 70, pula merasa teruja kerana akhirnya dapat membeli barangan selepas sekian lama menunggu peluang untuk JER diadakan di kawasan sekitar.

“Barang dapur memang jauh lebih murah dan sangat membantu dari segi perbelanjaan, cuma saya berharap pemilihan tarikh lebih baik pada masa depan agar lebih ramai boleh hadir,” katanya.

[caption id="attachment_700884" align="alignright" width="343"] Salwa Mohd Saad[/caption]

 

Sementara itu, Salwa Mohd Saad, 39, berkata JER bukan sahaja menjadi peluang membeli barang dapur dengan harga murah malah menjadi ruang bersedekah kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

“Saya selalu menghadiri JER bukan sahaja untuk membeli barang sendiri tetapi juga untuk bersedekah kepada suri rumah yang memerlukan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.