TELUK INTAN, 13 MEI: Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan daripada mereka berasal dari Perak dan seorang dari Kedah.
Beliau berkata mereka ialah:
- Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh
- Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, Tanjung Rambutan, Ipoh
- Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, Gunung Rapat, Ipoh
- Kpl Nurit Ak Pandak, 34, Kampar
- Kpl Amiruddin Zabri, 38, Gopeng
- Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Taiping
- Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, tahun Kuala Kurau
- L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, Ipoh
- Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, Lunas, Kedah.
Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini.
- BERNAMA
[caption id="attachment_700873" align="aligncenter" width="1040"] Foto Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )[/caption]