SHAH ALAM, 13 MEI: Ekspo Osaka 2025 yang berlangsung di Pulau Yumeshima menghimpunkan lebih 150 negara dan organisasi antarabangsa, mempamerkan inovasi, budaya, dan visi masa depan yang lestari.
Acara bertaraf dunia itu turut disertai Malaysia melalui Pavilion Malaysia, bertemakan "Weaving a Future in Harmony", menggambarkan komitmen negara terhadap masa depan inklusif dan mampan.
Selangor turut memainkan peranan penting melalui penganjuran Minggu Selangor dari 5 hingga 9 Mei 2025, bagi mempromosikan pelaburan, pelancongan, dan inovasi teknologi serta tenaga belia.
Jurufoto Fikri Yusof merakamkan pelbagai tarikan yang dipamerkan sepanjang ekspo berkenaan, termasuk
dari negara luar yang menggamit kehadiran pengunjung dalam dan luar negara.
[caption id="attachment_700785" align="aligncenter" width="751"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700786" align="aligncenter" width="738"] "Tree of Harmony" hasil karya artis Malaysia Red Hong Yi, yang dipamerkan di Pavilion Malaysia melambangkan perpaduan, warisan budaya, dan komitmen negara terhadap kelestarian dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700787" align="aligncenter" width="814"] Pengunjung cilik teruja bertemu maskot Mechamato ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Mechamato, watak animasi popular dari Malaysia dilantik sebagai maskot rasmi Selangor yang melambangkan semangat inovasi, kreativiti, dan kepelbagaian budaya negeri. Ia juga bagi mempromosikan bakat tempatan, teknologi, dan penceritaan kreatif Malaysia kepada dunia. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700779" align="aligncenter" width="745"] Persembahan Balle Balle di Pavilion Malaysia menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia, khususnya semasa Minggu Selangor yang berlangsung dari 5 hingga 9 Mei 2025. Persembahan ini menggabungkan elemen muzik, tarian, dan kostum berwarna-warni yang mencerminkan semangat dan keharmonian masyarakat Malaysia. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700780" align="aligncenter" width="815"] Orang ramai tertarik melihat Myaku-Myaku, maskot rasmi Ekspo 2025 Osaka kerana reka bentuknya yang luar biasa dan simbolisme mendalam. Karakter tersebut melambangkan kesinambungan kehidupan, pengetahuan, dan budaya dari satu generasi ke generasi seterusnya. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700781" align="aligncenter" width="785"] Pavilion dianjurkan Bandai Namco Holdings Inc menampilkan patung Gundam setinggi 17 meter, yang dipamerkan dalam posisi unik dengan satu lutut di tanah dan tangan terangkat ke langit, melambangkan aspirasi manusia menuju masa depan di angkasa lepas. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700782" align="aligncenter" width="785"] Ratusan bendera mewakili pelbagai negara dan organisasi antarabangsa dikibarkan di pintu masuk utama Ekspo Osaka 2025. Bendera tersebut disusun mengikut abjad nama negara dan organisasi, dengan semuanya diperbuat daripada poliester boleh kitar semula dan kekal berkibar sehingga ekspo berakhir pada Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700784" align="aligncenter" width="809"] Struktur ikonik dikenali sebagai Grand Ring atau Ōyane Ringu berdiri sebagai simbol utama pameran Ekspo Osaka 2025 rekaan arkitek terkenal Jepun, Sou Fujimoto. Grand Ring melambangkan tema ekspo, iaitu "Mereka Bentuk Masyarakat Masa Depan untuk Kehidupan Kita" dan falsafah "Kepelbagaian dalam Kesatuan". Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700788" align="aligncenter" width="775"] Pengunjung merakam foto ketika melalui tujuh gerbang monumental yang melambangkan budaya Azerbaijan, termasuk seni bina, sumber semula jadi dan sukan. Gerbang itu sebahagian daripada tarikan Ekspo Dunia Osaka, Jepun pada 8 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700789" align="aligncenter" width="782"] Robot keselamatan generasi baharu yang menggabungkan teknologi AI melakukan rondaan dan berinteraksi dengan pengunjung, selain mengesan objek mencurigakan dan memberi panduan melalui suara serta paparan skrin. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_700790" align="aligncenter" width="733"] Di Ekspo Osaka 2025, salah satu karya seni yang menonjol ialah siri Hiwadrome yang dihasilkan artis Jepun kelahiran Osaka, Kazuhiko Hiwatashi. Siri ini menggabungkan kerusi roda sebagai bahan seni dan alat mobiliti peribadi, menjadikannya simbol penting dalam perbincangan mengenai aksesibiliti dan seni inklusif. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]