Lebih 50 juta individu di seluruh dunia mengalami sawan atau epilepsi dan hampir 80 peratus daripada mereka tinggal di negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah, demikian data Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Walaupun sawan penyakit umum namun tahap kesedaran yang masih rendah menimbulkan tanggapan negatif dan andaian kurang baik seperti dianggap rasuk. Serangan tersebut adalah masalah saraf dalam otak.
Tanggapan mengaitkan sawan sebagai sakit mental adalah salah satu cabaran terbesar penghidap gangguan tersebut.
Wartawan Dewi Abdul Rahman menemuramah Pakar Neurosurgeri Pusat Perubatan MSU Prof Dr Badrisyah Idris berkongsi pengalaman merawat pesakit sawan menerusi Bicara Semasa baru-baru ini.
Apa itu sawan?
- renjatan elektrik tanpa kawalan pada otak
- boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia
- berlaku pengsan dan menggeletar
- jika sawan lebih dua kali, didiagnos sebagai epilepsi
- kegagalan rawatan sawan epilepsi berisiko kematian mengejut
Puncanya?
- demam panas pada usia kanak-kanak sehingga ganggu pertumbuhan otak
- kandungan gula dalam darah yang rendah
- jangkitan kuman meningitis ataupun sepsis serta kecederaan otak
- bagi dewasa, alami kecederaan otak seperti kemalangan
- tekanan berlebihan sehingga emosi terganggu
- mempunyai sejarah keluarga
Dikaitkan dengan gangguan mental?
- sering dikaitkan dengan gangguan mental kerana perubahan tingkah laku kerana gerakan tak terkawal
- seakan dirasuk tapi sebenarnya salur darah yang tidak normal menyebabkan sawan
- namun sawan adalah gangguan neurologi, bukan mental
- gejala sawan seperti takut tiba-tiba, keliru atau halusinasi kadangkala seperti gangguan psikologi
Apa perlu buat?
- panggil ambulans
- alihkan mereka jika mereka berada dalam bahaya, seperti berhampiran objek yang berat atau tajam
- longgarkan sebarang pakaian ketat di leher mereka untuk membantu pernafasan
- ubah kedudukan mereka untuk berbaring mengiring selepas sawan mereka berhenti
- jejaki bila sawan itu bermula dan berakhir
- sebaik sahaja mereka sedar dan boleh bercakap, beritahu mereka apa yang berlaku
- bercakap dengan tenang dan buat mangsa rasa selesa
Hindari salah faham
- penghidap sawan boleh melakukan aktiviti harian
- kerapkan kempen pendidikan kesedaran tentang epilepsi
- sokongan emosi dan sosial berterusan kepada pesakit
- penjagaan kesihatan holistik seperti sokongan psikologi jika terkesan kerana tanggapan