ad
BUDAYA

Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak

12 Mei 2025, 1:03 PM
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak
Kemeriahan dan penyucian jiwa di sambutan Hari Wesak

Sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng, Petaling Jaya berlangsung meriah bermula dengan upacara memandikan patung Buddha, melambangkan penyucian jiwa dan permulaan yang bersih.

Selain upacara keagamaan, kuil berkenaan turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti pemeriksaan mata percuma dan sajian makanan vegetarian percuma.

Kanak-kanak juga menyertai aktiviti permainan percuma selain aktiviti menyalin sutra bagi mereka yang ingin menenangkan jiwa sambil mendalami kefahaman terhadap ajaran berkenaan.

Turut menarik perhatian ialah pameran patung Buddha daripada pelbagai budaya dan era, memberi peluang kepada pengunjung mengenali sejarah dan seni berkaitan agama itu.

Jurugambar Nur Adibah Ahmad Izam merakam perayaan yang disambut meriah yang dihadiri EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han pada 12 Mei 2025.

[caption id="attachment_700733" align="alignnone" width="863"] EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menyertai upacara memandikan patung Buddha tradisi suci sempena Hari Wesak[/caption]

[caption id="attachment_700734" align="alignnone" width="952"] Penganut Buddha mengikuti upacara memandikan patung Buddha tradisi suci sempena Hari Wesak[/caption]

[caption id="attachment_700735" align="alignnone" width="908"] Penganut Buddha menyalin tulisan sutra ketika sambutan Hari Wesak[/caption]

[caption id="attachment_700737" align="alignnone" width="875"] Pemeran kraf pada sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng Petaling Jaya[/caption]

[caption id="attachment_700738" align="alignnone" width="838"] Aktiviti untuk kanak-kanak sempena sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng Petaling Jaya[/caption]

[caption id="attachment_700739" align="alignnone" width="950"] Penyediaan makanan vegetarian percuma sempena sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng Petaling Jaya[/caption]

[caption id="attachment_700740" align="alignnone" width="815"] Pemeriksaan mata percuma pada sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng Petaling Jaya[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.