ad
AGENSI

Usahawan halal dipelawa sertai HIS, teroka pasaran antarabangsa

12 Mei 2025, 9:00 AM
Usahawan halal dipelawa sertai HIS, teroka pasaran antarabangsa
Usahawan halal dipelawa sertai HIS, teroka pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 12 MEI: Usahawan halal yang berhasrat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi dipelawa mendaftar dengan Halal International Selangor (HIS).

Agensi itu memaklumkan pihaknya menyediakan gerbang pertumbuhan global yang berpotensi mengetengahkan produk dan perkhidmatan halal mereka kepada pelabur antarabangsa, pembeli dan rakan strategik.

Katanya, insentif itu dijayakan menerusi pelbagai ekspo dan platform yang membuka ruang membina rangkaian dengan pelanggan baharu, pelabur dan rakan kongsi global.

“Selain itu platform tersedia juga bakal memperlihat dan memperkenalkan jenama mereka kepada khalayak tempatan dan antarabangsa selain membuka peluang eksport dan mengembangkan capaian perniagaan anda ke seluruh dunia,” katanya di Facebook.

Antara ekspo dan pameran yang bakal menanti usahawan halal sepanjang 2025 termasuk:

  • Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2025 - Pavilion Selangor pada 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur
  • Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025 pada 8 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Selangor HalalVibe Fest 2025 oleh Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) pada 30 Oktober hingga 2 November di Dataran Karnival, Shah Alam
  • Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2025 di Pulau Pinang (tarikh dan tempat akan ditentukan kemudian).

Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR pada poster dan hubungi HIS di laman media sosial @halalinternationalselangor

Peserta boleh juga hubungi Norazrin Nasirah Zahrin (019-2970509) atau e-mel [email protected] dan Mohd Syahir Aiman Mohd Safri (014-7264570) atau e-mel [email protected]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.