ad
AGENSI

Wakaf Selangor serah sumbangan RM82,000 naik taraf masjid, Kolej Tingkatan Enam

12 Mei 2025, 5:00 AM
Wakaf Selangor serah sumbangan RM82,000 naik taraf masjid, Kolej Tingkatan Enam
Wakaf Selangor serah sumbangan RM82,000 naik taraf masjid, Kolej Tingkatan Enam

SHAH ALAM, 12 MEI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah RM82,000 bagi menaik taraf kemudahan di dua institusi.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan RM47,000 diserahkan kepada Masjid Jamek Sungai Burong, Tanjung Karang pada 10 Mei bagi membina dewan mini terbuka di masjid berkenaan.

Selain itu, pada 6 Mei sumbangan wakaf fisabilillah berjumlab RM35,000 diserahkan kepada Kolej Tingkatan Enam, Bandar Puchong Jaya untuk baik pulih siling dan bumbung bangunan blok F kolej berkenaan.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah, guru dan pelajar serta menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut agensi itu, pihaknya turut menyebarluaskan mengenai dakwah, kefahaman, kesedaran, hikmah dan kebaikan berwakaf kepada jemaah di masjid serta warga kolej berkenaan serta memberi peluang kepada mereka melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR.

Katanya mereka yang berminat menyalurkan sumbangan wakaf boleh berbuat demikian melalui laman web PWS di https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

[caption id="attachment_700632" align="aligncenter" width="1036"] Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah RM35,000 kepada Kolej Tingkatan Enam, Bandar Puchong Jaya pada 6 Mei 2025. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.