SHAH ALAM, 12 MEI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara khususnya di Selangor.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganut agama Buddha meraikan Hari Wesak sebagai hari memperingati kehidupan Gautama Buddha.
“Semoga perayaan Hari Wesak tahun ini diraikan dengan meriah dan harmoni serta semua upacara perayaan dan ibadat berjalan dengan lancar,” katanya menerusi Facebook.
Hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha selain penganutnya bersembahyang dan melepaskan burung merpati serta memberi makan kepada orang miskin.