ad
AGENDA

Sultan Selangor titah rakyat terus kuatkan semangat perpaduan, cintakan tanah air

12 Mei 2025, 3:08 AM
Sultan Selangor titah rakyat terus kuatkan semangat perpaduan, cintakan tanah air

SHAH ALAM, 12 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah supaya rakyat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum di samping menyumbang terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut bertitah agar rakyat terus menguatkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air.

“Baginda berharap, seperti hari kebesaran lain, Hari Wesak dapat disambut dengan meriah dan penuh kegembiraan bukan sahaja oleh penganut agama Buddha, tetapi juga semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum,” menurut kenyataan itu.

Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha yang menyambutnya.

Hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha selain penganutnya bersembahyang dan melepaskan burung merpati serta memberi makan kepada orang miskin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.