ad
AGENSI

Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi

12 Mei 2025, 2:00 AM
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi
Wau Kapal warisan Selangor, anak muda penyambung tradisi

Oleh MUHAMMAD REY HAZRIELL

SEKINCHAN, 12 MEI: Permainan warisan yang sinonim dengan Selangor, Wau Kapal terus dipertahan penggiat seni yang mahu melihat ia kekal mekar dalam masyarakat.

Meskipun di tengah arus kemodenan, minat bermain permainan tradisional itu terus disemai di kalangan anak muda khususnya termasuk melalui pelbagai penganjuran dan aktiviti.

Sempena Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 yang berlangsung di daerah ini pada 26 dan 27 April lalu, Kelab Wau Kapal Cagat Selangor menganjurkan bengkel pembuatan Wau Kapal.

Tenaga pengajarnya, Tarmizi Salihin, 60, berkata penganjuran bengkel itu penting dalam menyemai minat baharu, khususnya dalam kalangan anak muda yang semakin jauh daripada permainan tradisional.

Beliau yang lebih dikenali Wak Tarmizi berkata, generasi muda hari ini adalah penyambung tradisi permainan Wau Kapal bagi mengelak ia pupus atau hilang ditelan zaman.

"Bagi anak muda yang kurang aktif, boleh main Wau Kapal ini, ia tak menyusahkan. Petang lepas kerja boleh main.

[caption id="attachment_700617" align="aligncenter" width="1152"] Tarmizi Salihin, 60, berkongsi keistimewaan Wau Kapal sebagai warisan tradisi Selangor ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Main wau ini tidak perlu berlari seperti zaman kanak-kanak dulu, main untuk ketenangan saja," katanya ketika ditemui Media Selangor.

Tambah Wak Tarmizi, tradisi itu bukan sekadar hobi tetapi amanah yang perlu diteruskan agar tidak pupus.

"Sebab ini satu kebaikan, satu tradisi, memang kalau boleh diaktifkan sampai bila-bila. Generasi Wak hampir habis, kalau boleh akan datang pemuda sambung tradisi ini," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Wau Kapal Cagat Selangor, Selamat B Nordin, 50, berkata program seperti itu penting dalam menyemai semula minat terhadap permainan tradisional yang semakin dilupakan.

“Saya suka melihat reaksi orang ramai, tidak kira tua atau muda dan penglibatan mereka dalam aktiviti hari ini. Saya berharap tradisi Wau Kapal tidak dilupakan kerana ia merupakan alat permainan tradisional negeri Selangor,” katanya.

Kelab yang dipimpin beliau sejak 2022 itu sudah meraih pelbagai pencapaian dalam pertandingan wau, namun kini memberi tumpuan lebih besar kepada aktiviti pendidikan dan komuniti, selari dengan matlamat melestarikan warisan budaya.

Program yang berlangsung di tengah landskap sawah menghijau itu menarik pelbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah warga emas.

Mereka mempelajari proses pembuatan Wau Kapal dari awal hingga siap, termasuk meraut buluh, membentuk rangka dan menghias permukaan dengan corak tradisional.

Katanya, wau bukan sekadar permainan, tetapi simbol seni dan ketenangan jiwa. Ia perlu terus terbang tinggi, menjulang di langit sebagai lambang warisan Selangor yang kekal di hati generasi akan datang.

[caption id="attachment_700622" align="aligncenter" width="1116"] Tarmizi Salihin, 60, menunjukkan pembuatan Wau Kapal ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_700618" align="aligncenter" width="1131"] Tarmizi Salihin, 60, menghasilkan Wau Kapal ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_700620" align="aligncenter" width="1133"] Pemain menunjukkan cara menerbangkan Wau Kapal ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_700619" align="aligncenter" width="1249"] Pemain menerbangkan Wau Kapal ketika Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 pada 27 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.