ad
AGENDA

Bangunan kedai dua tingkat terbakar 80 peratus

12 Mei 2025, 12:52 AM
Bangunan kedai dua tingkat terbakar 80 peratus

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Bangunan kedai dua tingkat musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran di Jalan MJ/7, Taman Medan Maju Jaya, Petaling Jaya, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 9.26 malam.

Menurut beliau, 18 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Pencala dikejarkan ke lokasi kejadian dengan bantuan BBP Petaling Jaya dan BBP Puchong.

“Kebakaran membabitkan bangunan berkeluasan 20x70 kaki persegi itu berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.