OLEH UFAIRAH TARMIDZI
PORT DICKSON, 11 MEI: Perkongsian informasi menerusi aplikasi media sosial seperti TikTok memberi peluang kepada generasi muda khususnya lepasan sekolah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menghadiri ke program Jom Explore! Why Not YP? anjuran Yayasan Peneraju bagi mengubah hidup mereka.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, Abang Aqil Abang Abdul Hallim, 18, berkata pengalaman menghadiri sesi temu duga bersama pegawai daripada Kementerian Ekonomi dapat mempersiapkan dirinya sebelum ke alam pekerjaan.
[caption id="attachment_700555" align="alignleft" width="384"] Lepasan SPM Abang Aqil Nabil Abang Abdul Hallim[/caption]
Beliau turut mengakui banyak maklumat diperoleh terutama tentang skim bantuan pembiayaan fleksibel yang ditawarkan Yayasan Peneraju untuk lepasan SPM menyambung pengajian mereka dalam bidang profesional, teknologi dan kemahiran.
“Saya hadir ke program ini selepas saya dapat tahu mengenainya menerusi aplikasi TikTok dan saya juga memperoleh maklumat tentang skim bantuan pembiayaan yang ditawarkan Yayasan Peneraju ini sangat luas, bukan hanya tertumpu dalam bidang perakaunan.
“Selain Peneraju Profesional, sebenarnya, Yayasan Peneraju turut menawarkan skim bantuan pembiayaan seperti Peneraju Skil untuk mereka meningkatkan kemahiran vokasional dan teknikal dengan pensijilan yang diiktiraf industri,” katanya kepada Media Selangor.
Sementara itu, Irdina Safiah Rusdi, 18, menjelaskan minatnya terhadap subjek perakaunan dari bangku sekolah mendorongnya untuk menyambung pengajian dalam bidang sama dengan memohon Skim Pembiayaan Pensijilan Profesional dari Yayasan Peneraju.
[caption id="attachment_700553" align="alignright" width="386"] Lepasan SPM Irdina Safiah Rusdi[/caption]
“Alhamdulillah, saya memperoleh A bagi subjek perakaunan dalam keputusan SPM lalu dan siri jelajah program
adalah salah satu usaha saya mengejar minat dan cita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah.
“Sokongan dan dorongan ibu bapa, keluarga dan juga rakan-rakan menjadi pembakar semangat saya untuk membuat persiapan secukupnya sebelum menghadiri ke sesi temu duga pada program kali ini,” tambahnya.
Manakala bagi Muhammad Nur Syafi Safie, 18, pula beliau berhasrat menukar haluan daripada aliran sains kepada bidang perakaunan bagi meningkatkan nilai pasaran dirinya sejajar keperluan industri.
“Walaupun saya dari aliran sains, saya percaya lepasan SPM perlu berani teroka bidang baharu supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka.
“Saya mahu cabar diri dan buktikan bahawa saya mampu berjaya dalam bidang ini. Dengan usaha dan sokongan ibu bapa, tiada yang mustahil,” ujarnya yakin.