ad
AGENDA

Kanak-kanak tujuh tahun dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok

10 Mei 2025, 2:53 PM
Kanak-kanak tujuh tahun dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok

KUANTAN, 10 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok di sini ketika berkelah bersama keluarganya petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang berhubung kejadian membabitkan Nur Afia Ramadhani Zulkarnain.

Beliau berkata seramai 21 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Gebeng terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi turut dibantu orang awam dan pencarian telah dilakukan di permukaan air serta penyelaman oleh PPDA namun mangsa belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi.

Operasi telah ditangguhkan pada 7.32 malam dan akan disambung esok.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.