ad
AGENSI

LZS kekal taja pelajar ke Timur Tengah, ijazah pertama fokus dalam negara

10 Mei 2025, 8:00 AM
LZS kekal taja pelajar ke Timur Tengah, ijazah pertama fokus dalam negara

SHAH ALAM, 10 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan penajaan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) ke Timur Tengah tahun ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata penajaan ijazah pertama bagaimanapun hanya bagi pengajian di UIS dan universiti tempatan lain.

Jelas beliau ketetapan itu bagi mengelakkan pelajar terdedah kepada pengaruh dan anasir yang boleh mengganggu pemikiran serta jati diri sebagai pelajar pengajian Islam.

“Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti tempatan atau memilih ke Timur Tengah, mereka dibenarkan melanjutkan peringkat ijazah pertama di Mesir, Jordan dan Maghribi. Jais akan menguruskan sepenuhnya.

“Ini bagi memastikan pelajar bersedia fizikal dan mental, jati diri tinggi, menguasai bahasa Arab dan memiliki pengetahuan supaya mampu menghadapi cabaran di Timur Tengah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata permohonan tajaan berkenaan akan dibuka mulai Jun, diikuti sesi temu duga untuk menentukan pelajar yang layak.

Mengulas lanjut Mohd Shahzihan berkata tajaan kepada pelajar ijazah di UIS merupakan usaha Jais dalam memperkukuhkan lagi ekosistem pendidikan Islam.

Pemilihan universiti berkenaan juga selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pengajian di bawah Majlis Agama Islam Selangor selain terbukti mampu melahirkan pelajar berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.