ad
BERITA UTAMA

Selangor umum kaedah sementara, galakkan tahfiz sertai program pemutihan

10 Mei 2025, 6:23 AM
Selangor umum kaedah sementara, galakkan tahfiz sertai program pemutihan

SHAH ALAM, 10 MEI: Program Pemutihan Tahfiz 2.0 akan memperkenalkan beberapa kaedah baharu bagi membenarkan sekolah aliran agama persendirian meneruskan operasinya.

EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah berkata kaedah yang merangkumi semua aspek, terutamanya jaminan keselamatan pelajar dan guru, itu akan diumumkan pada 1 Jun ini.

“Kaedah ini hanya bersifat sementara kerana kaedah sedia ada memerlukan masa yang panjang untuk diluluskan (bagi membenarkan operasi).

“Ini menyebabkan pengusaha tidak akan dapat mematuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan, sekali gus tidak dibenar beroperasi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, 606 sekolah mendaftar menyertai program kendalian Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) itu.

Fahmi berkata penyertaan dalam program berkenaan juga dapat memudahkan pengurusan sekolah mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri melakukan beberapa pindaan dalam Program Pemutihan 2.0 bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain tidak menekan pengusaha.

Inisiatif itu juga menjamin institusi tahfiz persendirian mematuhi syarat minimum kebenaran merancang yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan serta agensi keselamatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.