ad
AGENDA

KDEBWM teroka teknologi AI, IoT di Osaka, usaha tingkat sistem kutipan sampah

9 Mei 2025, 1:00 PM
KDEBWM teroka teknologi AI, IoT di Osaka, usaha tingkat sistem kutipan sampah
KDEBWM teroka teknologi AI, IoT di Osaka, usaha tingkat sistem kutipan sampah
KDEBWM teroka teknologi AI, IoT di Osaka, usaha tingkat sistem kutipan sampah
KDEBWM teroka teknologi AI, IoT di Osaka, usaha tingkat sistem kutipan sampah

OSAKA, 9 MEI: KDEB Waste Management (KDEBWM) menerokai teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) di Ekspo Osaka, Kansai 2025 sebagai usaha menambah baik sistem pengurusan sampah di Selangor.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya turut menimba pengetahuan tentang kaedah pengurusan sisa berasaskan teknologi terkini di pavilion negara-negara peserta ekspo berkenaan.

[caption id="attachment_700256" align="aligncenter" width="796"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap ketika Forum Membina Masa Depan Berdaya Tahan : Teknologi Hijau ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 9 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jepun telah menggunakan sistem alga dan micro bio untuk pengurusan sisa pepejalnya yang dikitar semula menjadi barang berharga seperti kerusi.

“Insya-Allah melalui pengalaman yang kita pelajari, KDEB akan melihat kaedah untuk meningkatkan keupayaan kutipan lebih efisien dan memastikan Selangor lebih bersih,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel forum bertajuk Building a Resilient Future: Teknologi Hijau & Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Osaka di sini, hari ini.

Ramli turut memaklumkan KDEBWM terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengurusan sisa dari Jepun bagi berkongsi kepakaran serta teknologi canggih demi menambah baik mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya juga amat berharap KDEBWM dapat memperbaiki kita punya pengurusan kutipan dan sistem janaan sisa pepejal dengan memastikan sampah tidak terbuang di kawasan lapangan.

“Kami juga mahu mengatasi segala kelemahan melalui pembelajaran yang dikutip di Osaka selama lima hari ini,” ujarnya.

[caption id="attachment_700258" align="aligncenter" width="785"] EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim (tiga, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas (dua, kanan) dan Pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir (tiga, kanan) bergambar selepas Forum Membina Masa Depan Berdaya Tahan : Teknologi Hijau ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 9 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selangor menyertai delegasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam penganjuran Pavilion Malaysia di ekspo dunia yang menghimpunkan penyertaan daripada 161 negara.

Program selama seminggu itu menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global, serta dipacu teknologi, budaya dan tenaga belia.

[caption id="attachment_700259" align="aligncenter" width="812"] Suasana di hadapan Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 9 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.