ad
AGENDA

11 tanding naib presiden KEADILAN, pencalonan tutup tengah malam ini

9 Mei 2025, 10:46 AM
11 tanding naib presiden KEADILAN, pencalonan tutup tengah malam ini

SHAH ALAM, 9 MEI: Seramai 11 pemimpin termasuk penyandang bertanding bagi jawatan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), menurut laman web rasmi pencalonan pusat parti berkenaan.

Setakat jam 6 petang, tiga penyandang iaitu Dato' Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan mereka mempertahan jawatan tersebut.

Lapan lagi pemimpin termasuk tiga daripada Selangor turut mencuba nasib dalam persaingan bagi sesi 2025 hingga 2028.

Mereka ialah Mustaffa Kamil Ayub, R Ramanan, Dr Sathia Prakash Nadarajan, R Yuneswaran, Sim Tze Tzin, Abun Sui Anyit dan Hee Loy Sian, Chang Li Kang.

Bilangan yang bertanding jawatan berkenaan mungkin bertambah berikutan tarikh tutup pencalonan pada 12 tengah malam ini.

Meskipun dijangka sengit, saingan bagi jawatan itu selama ini tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti berikutan calon yang tewas diberi jawatan lantikan tertentu dalam KEADILAN.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.