ad
AGENSI

PNSB, SPRM jayakan program pupuk budaya integriti, jauhi rasuah

8 Mei 2025, 7:19 AM
PNSB, SPRM jayakan program pupuk budaya integriti, jauhi rasuah
PNSB, SPRM jayakan program pupuk budaya integriti, jauhi rasuah
PNSB, SPRM jayakan program pupuk budaya integriti, jauhi rasuah

KUALA LANGAT, 8 MEI: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menjayakan program memupuk budaya integriti dan menangani rasuah di Kampung Endah, dekat sini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata program dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan meningkatkan kesedaran bahaya rasuah dalam kalangan belia dan komuniti luar bandar.

Menurut Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, program dua hari mulai hari ini akan mendekati seramai mungkin penduduk termasuk pelajar dengan pelbagai pengisian secara dakwah dan hibur didik.

[caption id="attachment_700144" align="alignnone" width="869"] Ketua Pegawai Eksekutif Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar bercakap kepada media ketika Program Anti Rasuah Key Communicator dan Wira Anti Rasuah di Masjid At Toyyibin Kampung Endah, Kuala Langat pada 8 Mei 2025. FOTO HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebagai agensi pembangunan milik negeri, kami percaya integriti perlu dibentuk dari akar umbi. Program ini menyampaikan mesej rasuah bukan hanya tugas penguat kuasa sebaliknya tanggungjawab sosial yang perlu dikongsi bersama masyarakat.

“Program ini dapat memberi impak lebih mendalam apabila menggabungkan elemen pendidikan dan sosial yang dekat dengan komuniti,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

[caption id="attachment_700145" align="alignnone" width="983"] EXCO Perumahan dan Kebudayan Dato' Borhan Aman Shah mewakili PNSB menyampaikan wakalah agihan zakat kepada wakil masjid ketika Program Anti Rasuah Key Communicator dan Wira Anti Rasuah di Masjid At Toyyibin Kampung Endah, Kuala Langat pada 8 Mei 2025. FOTO HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam majlis itu, EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah turut menyempurnakan wakalah agihan zakat PNSB dengan menyerahkan van jenazah kepada nazir Masjid At-Toyyibin, Shaffei Mohamed.

Raja Shahrir turut menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 50 asnaf selain menaja jersi untuk pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan (SK) Morib.

Program di sekolah terbabit melibatkan beberapa acara menarik antaranya aktiviti interaktif bersama maskot SPRM, Kapten MACC serta serahan sumbangan kepada pelajar asnaf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.