ad
AGENDA

Situasi makin tegang, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke India

7 Mei 2025, 12:36 PM
Situasi makin tegang, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke India

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 7 MEI: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini.

“Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, yang mana India melancarkan Operasi Sindoor ke atas Pakistan pada 7 Mei, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera,” menurut kenyataan di platform media sosial X suruhanjaya itu.

“Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain,” katanya lagi.

Rakyat Malaysia yang berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat [email protected].

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).

“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa,” kata Suruhanjaya Tinggi itu.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.