ad
AGENDA

Selangor komited perkukuh pelaburan Jepun, pastikan urusan lancar

7 Mei 2025, 9:45 AM
Selangor komited perkukuh pelaburan Jepun, pastikan urusan lancar
Selangor komited perkukuh pelaburan Jepun, pastikan urusan lancar

OSAKA, 7 MEI: Kerajaan Selangor komited memberi sokongan dinamik dan stabil kepada pelabur Jepun bagi memastikan kelangsungan serta kejayaan pelaburan di negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari berkata kejayaan Selangor menyumbang sebanyak 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun lalu membuktikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara.

“Nilai pelaburan RM101 bilion yang diraih dalam tempoh tahun yang sama hasil daripada perancangan strategik, infrastruktur yang kukuh dan kesalinghubungan bertaraf dunia.

“Selain itu, dasar mesra perniagaan turut membawa rekod pelaburan yang tinggi menjadikan Selangor sebagai penyumbang utama ekonomi kepada Malaysia,” katanya ketika berucap pada Forum Pelaburan Selangor (SIF).

[caption id="attachment_700011" align="aligncenter" width="706"] Rangkaian perniagaan antara syarikat dari Jepun dan Selangor ketika Pembentangan pitch perniagaan dalam Forum Pelaburan Selangor (SIF) sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025 di Hotel Righa Royal, Jepun pada 7 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, sebanyak tujuh agensi negeri membentangkan pitch perniagaan (Business Pitching) kepada pelabur Jepun melalui SIF anjuran Invest Selangor di Hotel Rihga Royal, Osaka di sini, hari ini.

Agensi yang terlibat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Central Spectrum Sdn Bhd dan Worldwide Holdings Berhad.

Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU), Port Klang Authority dan Cyberview Sdn Bhd turut terlibat dalam pembentangan itu bersama pelabur dari negara matahari terbit itu.

Pada masa sama, Amirudin memberitahu negeri turut membentangkan kekuatan program Pembangunan Taman Perindustrian (MIPs) pada pelabur Jepun melalui SIF sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025.

“Kami juga akan berkongsi kisah kejayaan perniagaan Jepun yang berkembang maju di Selangor, ia menunjukkan potensi negeri sebagai hab pelaburan strategik.

“Forum akan menjadi platform mengukuhkan rangkaian termasuk padanan perniagaan antara pelabur Jepun dan agensi negeri Selangor sebagai pembangun MIPs untuk memupuk kerjasama yang lebih kukuh serta meneroka peluang baharu,” katanya lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.