ad
AGENDA

Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan

7 Mei 2025, 7:55 AM
Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan

PUTRAJAYA, 7 MEI: Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut.

Penerbangan terlibat ialah:

LAHORE (LHE)

- KUL-LHE (OD 131), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 5.35 petang

- LHE-KUL (OD 132), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 9.35 malam

AMRITSAR (ATQ)

- KUL-ATQ (OD 271), 7 Mei, waktu berlepas 6.40 petang

- ATQ-KUL (OD 272), 7 Mei, waktu berlepas 11.05 malam

Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.

“Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda,” menurut kenyataan itu.

Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan.

Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.