OSAKA, 6 MEI: Keunikan tarian topeng Mah Meri menyemarakkan kemeriahan pameran Minggu Selangor pada Pavilion Malaysia sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025, Jepun di sini.
Tarian topeng oleh Adi Guru Diaman Kisah dari Perkampungan Budaya Mah Meri itu menarik perhatian pengunjung yang teruja menyaksikan persembahan kebudayaan klasik terbabit bersempena Minggu Selangor di pameran bertaraf dunia itu.
Setiap pengunjung yang menonton persembahan turut mengambil kesempatan merakam gambar sambil mengenakan topeng Bajos dan topeng Tok Naning yang dipakai Adi Guru Diaman sebagai kenangan.
Masyarakat Mah Meri percaya topeng Bajos memberi perlindungan dan kesuburan kepada tanaman serta buah-buahan manakala topeng Tok Naning membawa watak gembira bersama keriangan.
Selain itu, pameran kendalian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) turut memberi peluang pengunjung mempelajari seni anyaman daun nipah.
Seni anyaman sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang terkenal dengan seni anyaman kertas (Origami) dan anyaman Mah Meri dikenali sebagai Oriha (anyaman daun) dalam kalangan masyarakat di negara matahari terbit itu.
Pameran Minggu Selangor dengan membawa tema “Building a resilient future” menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.
Program selama seminggu ini menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.
[caption id="attachment_699873" align="aligncenter" width="698"] Pengnjung pameran Minggu Selangor pada Pavilion Malaysia sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025, Jepun berpeluang mempelajari seni anyaman daun nipah pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699846" align="aligncenter" width="700"] Persembahan kumpulan Balle Balle Kuala Selangor ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699848" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung turut sama menari ketika persembahan kumpulan Balle Balle Kuala Selangor ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]