SHAH ALAM, 6 MEI: Ahli parlimen muda perlu didedahkan dengan sistem tadbir urus negara termasuk penggubalan dasar bagi membolehkan pembentukan barisan pemimpin muda pada masa akan datang.
Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Tan Sri Johari Abdul berkata pendedahan diberikan itu sekali gus dapat memupuk demokrasi jangka masa panjang.
"Golongan muda perlu didedahkan proses membuat keputusan awal supaya mereka tahu bagaimana sistem bekerja selain dapat membentuknya.
[caption id="attachment_699804" align="alignleft" width="500"] Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Tan Sri Johari Abdul menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda (YPA) AIPA di Wyndham Acmar, Klang pada 6 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Literasi politik dan pendidikan sivik perlu menjadi tonggak polisi belia dalam ASEAN. Kita jangan hanya mendidik anak muda bagaimana untuk mengundi sahaja tetapi tahu cara memimpin, berdebat dan membina konsensus," katanya hari ini.
Beliau berucap pada Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda AIPA yang berlangsung semalam hingga 8 Mei ini yang turut dihadiri Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San.
Bertemakan Ensuring ASEAN’s Future: Youth in Action for Sustainability and Inclusivity, ia menghimpunkan delegasi ahli parlimen belia dari seluruh ASEAN.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat turut menyarankan belia bersedia dengan perubahan digital pada masa kini daripada kecerdasan buatan (AI) kepada teknologi hijau.
"Sebagai ahli parlimen, golongan belia perlu memastikan akses digital ini meliputi aspek keseluruhan dan berada di landasan tepat.
"Golongan belia seharusnya tidak ketinggalan dalam revolusi digital termasuk pemerkasaan ekonomi yang kini menjadi keutamaan yang mempromosi keusahawanan anak muda," katanya.
[caption id="attachment_699806" align="aligncenter" width="1347"] Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Tan Sri Johari Abdul beramah mesra bersama peserta ketika pembukaan Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda (YPA) AIPA di Wyndham Acmar, Klang pada 6 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699809" align="aligncenter" width="923"] Antara peserta menghadiri Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda (YPA) AIPA di Wyndham Acmar, Klang pada 6 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699812" align="aligncenter" width="1137"] Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Tan Sri Johari Abdul (enam, kiri) dan Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San (lima, kiri) bergambar bersama tetamu ketika majlis pembukaan Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda (YPA) AIPA di Wyndham Acmar, Klang pada 6 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]