ad
AGENDA

Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun

6 Mei 2025, 7:00 AM
Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun
Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun
Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun
Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun
Selangor miliki 31.7 peratus hutan simpan kekal di sebalik pesat membangun

SHAH ALAM, 6 MEI: Selangor mengekalkan 31.7 peratus daripada keluasan tanah sebagai hutan simpanan kekal meskipun ia merupakan sebuah negeri yang pesat membangun.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata negeri ini terus membuktikan pertumbuhan ekonomi, kemajuan infrastruktur dan pemeliharaan hutan mampu bergerak seiring.

"Melalui dasar yang kukuh serta sokongan daripada Kerajaan Negeri dan kepimpinan diraja, kita telah memelihara 31.7 peratus daripada keluasan tanah sebagai hutan simpanan kekal.

"Dengan perisytiharan sebanyak 108,000 hektar hutan sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, inisiatif ini mencerminkan visi jangka panjang untuk memelihara alam sekitar sambil merangkul kemajuan," katanya menerusi Facebook hari ini.

[caption id="attachment_699832" align="alignleft" width="500"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada Media Selangor selepas diwawancara stesen televisyen Asahi Television Broadcasting Corporation di Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Semalam, Amirudin menyaksikan tayangan perdana dokumentari “Menyingkap Keagungan: Hutan Warisan Diraja Selangor” di pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia pada Ekspo Dunia Osaka 2025.

Jelasnya, dokumentari berkenaan merupakan penghormatan kepada legasi hutan hujan di Selangor dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan lestari.

"Dokumentari ini menjadi peringatan bahawa kekayaan sebenar sesebuah negeri bukan hanya terletak pada pencapaian kotanya, tetapi khazanah semula jadi yang dipelihara demi generasi akan datang.

"Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menghidupkan kisah penting ini," katanya.

DYMM Sultan Selangor berkenan berangkat ke pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia pada Ekspo Dunia Osaka, Kansai 2025 semalam.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pameran bertemakan “Building a resilient future” berlangsung selama seminggu bermula semalam menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.

Sebelum ini, Sultan Selangor mengisytihar Hutan Warisan Diraja Selangor merangkumi 26 hutan simpan kekal di sepanjang jajaran Central Forest Spine dari Hulu Langat hingga Hulu Selangor.

[caption id="attachment_699831" align="aligncenter" width="1587"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699833" align="aligncenter" width="1329"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di reruai pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699834" align="aligncenter" width="1062"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.