ad
AGENDA

Sultan Selangor berangkat ke Pavilion Malaysia di ekspo Osaka

5 Mei 2025, 1:00 PM
Sultan Selangor berangkat ke Pavilion Malaysia di ekspo Osaka
Sultan Selangor berangkat ke Pavilion Malaysia di ekspo Osaka
Sultan Selangor berangkat ke Pavilion Malaysia di ekspo Osaka

OSAKA (Jepun), 5 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia pada Ekspo Dunia Osaka, Kansai 2025 di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Ketibaan Baginda bertiga pada 3.30 petang disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Hadir sama barisan EXCO dan Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sultan Sharafuddin berkenan menurunkan tandatangan pada plak disediakan sempena perasmian ekspo bertaraf dunia anjuran Invest Selangor itu.

[caption id="attachment_699767" align="alignnone" width="893"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat melawat pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda dan Tengku Norashikin diiringi Tengku Amir Shah meluangkan masa sejam melawat beberapa pameran Minggu Selangor yang dikendalikan beberapa agensi negeri sebelum berangkat pulang.

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri turut beramah mesra dan memenuhi permintaan pengunjung yang hadir untuk bergambar.

Pameran Minggu Selangor dengan membawa tema “Building a resilient future” menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.

[caption id="attachment_699768" align="alignnone" width="928"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Penyertaan Pavilion Malaysia yang bertemakan "Weaving a Future in Harmony" dalam ekspo ini merupakan sebahagian daripada strategi yang lebih meluas untuk meningkatkan kehadiran global dan perkongsian ekonomi negara.

Ekspo selama seminggu dengan penyertaan 161 negara termasuk sembilan pertubuhan antarabangsa itu akan menguji keupayaan Malaysia termasuk Selangor dalam aspek pelaburan, perdagangan dan inovasi di peringkat global, sekaligus menarik pelaburan berkualiti tinggi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.